Suami orang suka melayan?

Kalau tiada angin, tidak mungkin pokok bergoyang. Begitu juga dengan kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga, jika tidak dijemput pasti tidak akan datang.

Mengakui itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan Jabatan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Norazman Amat berkata, isu curang bukan terjadi hanya disebabkan oleh kehadiran penyondol tetapi juga kerana sikap suami orang itu sendiri yang gemar melayan.

Jelasnya, suami terutamanya yang semakin meningkat usia masih mmepunyai keinginan yang kuat untuk berkasih sayang dan diberi perhatian.

Sedangkan isteri pada ketika usia sebegitu sudah memberikan fokus kepada perkara-perkara lain seperti ibadah dan kerohanian selain menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

“Lelaki ini lagi tua lagi nak dilayan tetapi isteri pula dah kurang bab itu menyebabkan kesempatan itu diambil oleh pihak ketiga.

“Tetapi, kebanyakan suami orang yang melayan ini kebiasaannya hanya untuk melepaskan kesunyian mereka sahaja dan hendak main-main. Bukan niat hendak kahwin pun,” katanya kepada Seri.

Lebih memahami
Ditanya mengapa suami orang menjadi sasaran wanita muda, Norazman berkata ia kerana suami orang sudah mempunyai pengalaman bersama isteri dan mereka tahu selok-belok dalam memahami wanita.

Jadi, kesempatan itu digunakan pula untuk memahami wanita lain menyebabkan adanya episod jatuh cinta dan sebagainya.

Selain itu, lelaki yang sudah berkahwin kebiasannya sudah mempunyai kehidupan dan kewangan stabil, terutamanya yang berusia.

“Lelaki berusia sudah tentu ada pencen, kalau tidak pun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadikan wanita-wanita muda ini nampak kesenangan di situ.

“Ditambah pula jika lelaki itu ada isu rumahtangga atau tidak puas hati dengan isteri, lagi senang curang itu menjadi,” katanya.

Jangan menunjuk
Norazman menegaskan, pasangan terutamanya isteri dinasihatkan agar tidak terlalu menunjuk-nunjuk kebahagiaan rumahtangga di media sosial.

“Lumrah ketika ini isteri gemar berkongsi kebaikan suami dan betapa roman­tisnya suami mereka di rumah.

“Kita takut tidak semua orang gembira melihat kebahagiaan itu. Risau kalau ada yang memerhatikan dalam diam suami kamu itu,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker