Pendirian kami disalah tafsir – 12 wakil rakyat PKR

Pendirian kami disalah tafsir – 12 wakil rakyat PKR

Kumpulan 12 wakil rakyat PKR yang sebelum ini menggesa pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dikaji semula, berkata pendirian mereka telah disalah tafsir.

Dalam kenyataan hari ini, mereka menyuarakan kecaman terhadap kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin dan menggesa PBB mengenakan sekatan perdagangan dan ekonomi terhadap Israel, selain memastikan bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza.



Mereka juga berkata kebimbangan mereka sebelum ini, berhubung apa yang disifatkan sebagai unsur ekstremisme dalam Minggu Solidariti Palestin, tidak seharusnya dilihat sebagai menentang Palestin mahupun menyokong Israel.

“Ada antara kami yang telah menyatakan penentangan kami terhadap kezaliman Israel di Parlimen, DUN malahan di pentas antarabangsa,” kata mereka.

Gesaan mereka sebelum ini menerima kecaman beberapa pihak, antaranya PAS dan Pemuda Umno yang mencadangkan agar kerajaan menghantar mereka menyertai misi kemanusiaan di Palestin agar dapat melihat dengan lebih jelas tentang keadaan di sana.

Mereka membidas Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang menggesa mereka untuk “lebih berhati-hati” dalam perkara itu tidak dilihat cuba memberi gambaran salah berkenaan perjuangan rakyat Palestin.



“Dakwaan Takiyuddin bahawa naratif yang kami ambil adalah bersamaan dengan propaganda media Barat adalah dangkal dan berniat jahat. Ia juga mencerminkan pendekatan politik sempitnya, iaitu sebarang cadangan konstruktif akan dilabelkan sebagai pendukung pihak lain.

“Momokan ini tidak membantu dalam meraih sokongan semua lapisan masyarakat untuk menyokong perjuangan Palestin. Perjuangan Palestin bukan perjuangan agama sahaja, tetapi juga merupakan perjuangan kebebasan dan hak rakyat yang tertindas,” kata mereka.

Mereka menegaskan wacana membina penting untuk meluaskan sokongan terhadap Palestin di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

“Kami hairan Takiyuddin yang tidak pernah memuji tindakan kerajaan dalam menangani kezaliman Israel di Parlimen baru-baru ini, sekarang tiba-tiba cuba mencetuskan polemik dengan dakwaan yang tidak berasas.



PKR terbuka dengan perbezaan pandangan

Mereka berkata PKR tidak mengambil pendekatan “fasis” dalam mana-mana isu atau apabila berlakunya perbezaan pendapat, apatah lagi isu yang “menggoreskan hati” seperti perjuangan Palestin.

“Dukungan kami adalah sejajar dengan matlamat perjuangan PKR iaitu kemuliaan insan dan kebebasan asasi. Pendirian tegas kami ialah tidak akan menyokong sebarang gerakan aparteid.

“Kami sekali lagi ingin menyatakan sokongan dan bersedia membantu inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dalam memperjuangkan kemanusiaan dan solidariti kepada rakyat Palestin,” kata mereka lagi. Mk



Pendirian kami disalah tafsir – 12 wakil rakyat PKR

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker