Isytihar sokong PM, nasib MP Labuan akan dibincang

Isytihar sokong PM, nasib MP Labuan akan dibincang

Bersatu akan mengadakan perbincangan mengenai kedudukan Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Wan Saiful Wan Jan berkata parti baru saja dimaklumkan mengenai surat Suhaili, dan sebarang keputusan hanya akan dimaklumkan selepas perbincangan selesai.



“Kita baru baca surat dikeluarkan Ahli Parlimen Labuan Suhaili. Jadi akan ada perbincangan dilakukan di peringkat parti dan dalam kalangan Ahli Parlimen dalam masa terdekat.

“Saya yakin di pihak parti akan membuat keputusan dan pengumuman yang sesuai dengan keputusan kita selepas perbincangan diadakan,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Terdahulu, Suhaili menyatakan sokongan kepada Anwar, selepas mengambil kira permasalahan rakyat Labuan yang berdepan kos sara hidup semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik berterusan.

Suhaili wakil rakyat kedua daripada Bersatu yang menyokong kepimpinan Anwar selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid turut berbuat demikian, pada 12 Okt. FMT



Isytihar sokong PM, nasib MP Labuan akan dibincang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker