Tolak Vaksin Tanggung Kos Rawatan Penuh COVID-19

Pensyarah Kanan UPM Cadang Individu Tolak Vaksin Tanggung Kos Rawatan Penuh COVID-19

Sejak pihak kerajaan memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada Februari lalu, dapat dilihat sehingga kini segelintir kelompok yang memilih untuk menolak vaksin. Pilihan yang dibuat golongan ini nyata membimbangkan orang ramai kerana khuatir bakal lebih mudah dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Menurut pensyarah kanan Jabatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, beliau berpendapat golongan yang menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 wajar menanggung risiko.



Dalam erti kata lain, golongan ini perlu membayar kos rawatan secara penuh apabila dimasukkan ke hospital jika disahkan positif COVID-19. Beliau mengulas golongan ini perlu bertanggungjawab dengan pilihan yang dibuat kerana memilih untuk menolak vaksin yang ditawarkan.

Mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan, Dr Halimatus Sakdiah berpendapat peraturan sedia ada perlu dikekalkan dalam menyekat pergerakan golongan yang menolak vaksin bagi mengurangkan risiko peningkatan kemasukan ke hospital.

Dr Halimatus Sakdiah juga berpendapat pihak berkuasa perlu mengenakan denda berat kepada individu yang tidak divaksin yang melanggar peraturan dan SOP berkenaan.

Dalam pada itu, beliau bersetuju tidak mempunyai kaedah khusus dalam mengesan individu tidak divaksin yang melanggar SOP kerana masyarakat kini semakin kreatif dalam mencari cara melanggar peraturan yang ditetapkan.



Sementara itu, mereka yang sudah mendapat dua dos suntikan vaksin serta remaja dan kanak-kanak yang belum divaksin juga telah dibenarkan untuk merentas negeri menerusi pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad lalu. Vc

Tolak Vaksin Tanggung Kos Rawatan Penuh COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker