Taktik baharu, ah long upah peminjam simbah cat
KUALA LUMPUR – Sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long dikesan menggunakan taktik baharu dengan mengupah peminjam untuk melakukan kerja menyimbah cat termasuk menghantar notis ugutan kepada peminjam lain.
Taktik terbaharu tersebut terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima dua kes membabitkan dua mangsa berbeza di Sabah.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, siasatan mendapati penawaran kerja oleh sindiket ini berlaku dalam dua keadaan.
“Bagi individu yang pinjaman mereka tidak diluluskan oleh ah long, mereka ditawarkan untuk bekerja sebagai penyimbah cat atau penghantar notis ugutan dan diberi upah atas kerja dilakukan.
“Bagi peminjam gagal melunaskan pembayaran pula, mereka akan diminta bekerja dengan ah long dan jumlah hutang mereka akan ditolak berdasarkan kerja diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, pihaknya ingin mengingatkan bahawa tindakan bersekongkol dengan sindiket ah long sama ada secara rela hati atau paksaan untuk melakukan gangguan atau khianat boleh disiasat mengikut undang-undang.
“Individu tersebut boleh disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400), Seksyen 29B(1) akta sama, Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 427 KK dan Seksyen 436 KK serta Akta Pencegahan Jenayah 1959,” ujarnya.
Katanya, berdasarkan rekod, sejak Januari hingga September tahun ini sejumlah 644 kes pemberi pinjaman wang tanpa lesen disiasat polis.
“Walaupun pelbagai aktiviti pembanterasan dilaksanakan namun kegiatan sindiket itu masih berlaku dipercayai kerana wujudnya permintaan dalam kalangan peminjam.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak sesekali membuat pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman wang tidak berlesen dan mereka juga diingatkan agar tidak terlibat sebagai pekerja ah long untuk membuat khianat walaupun secara paksaan,” katanya. – K! ONLINE.
Taktik baharu, ah long upah peminjam simbah cat
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU
Waran tangkap: Petronas cabar Sudan
You must be logged in to post a comment.