Suami pukul isteri guna kayu, positif dadah

Suami pukul isteri guna kayu, positif dadah

BERANG selepas tidak dapat bertemu dengan anak, seorang isteri cedera selepas dipukul oleh suaminya dengan menggunakan tangan dan kayu serta diacah dengan garfu dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kosas, Ampang, Selangor petang semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku di rumah mereka kira-kira pukul 4 petang dan mangsa yang berusia 31 tahun turut dihalau keluar dari rumah oleh suaminya, 35 tahun.

Punca kejadian berlaku kerana suspek bengang tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya selepas dihalang oleh mangsa kerana risau dijangkiti Covid-19.

Anak-anak mangsa telah dihantar ke rumah keluarganya di Cheras kerana suspek perlu menjalani kuarantin di rumah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek telah ditangkap di lokasi kejadian selepas mendapat maklumat.

“Suspek tidak bekerja dan telah berkahwin selama lapan tahun serta mempunyai empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan dengan lingkungan berumur 7 tahun hingga 8 bulan.

“Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan luka di lengan kiri bahagian bawah dan telah mendapatkan rawatan di hospital.

Ujarnya, suspek pula kini ditahan selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952. SM

Suami pukul isteri guna kayu, positif dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker