Lagu Gerak Khas Undercover, nyanyian Syamsul Yusof

Syamsul Yusof ‘comeback’ dengan lagu tema Gerak Khas Undercover

DRAMA bersiri kepolisan yang diberi nafas baharu, Gerak Khas Undercover kali ini lebih memfokuskan tugas-tugas risikan bagi membanteras jenayah.

Antaranya, kes membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah di kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan pelbagai lagi kes yang semestinya hangat di tanah air.

Naskah arahan pengarah Syafiq Yusof itu menampilkan lakonan hebat Datuk Aaron Aziz, Datuk Eizlan Yusof, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Khalida Balqis selain mengekalkan bintang asal seperti Erra Fazira, Salina Saibi, C Kumaseran, Farid Amirul dan Datuk AC Mizal.

Justeru, abang Syafiq iaitu Syamsul Yusof telah melancarkan lagu tema bertajuk GK Undercover pada 1 Oktober lalu bagi menyokong drama aksi berkenaan.

Lagu ciptaan dan lirik ditulis sendiri oleh Syamsul itu mampu memberi impak positif kepada peminat muzik oleh kerana memberi penekanan terhadap kewibawaan dan harungan yang dilalui anggota pasukan ‘undercover’ tanah air.

“Saya menyisipkan lirik yang berbentuk nasihat dan peringatan kepada pendengar agar patuh kepada peraturan dan tidak melakukan kesalahan yang mampu memakan diri.

“Berbeza dari konsep lagu tema Gerak Khas sebelum ini, saya berikan sentuhan muzik moden dan nyanyian rap yang pasti memberi kesan kepada pendengar.

Bermula 8 Oktober, GK Undercover boleh didengari di semua laman pelantar digital dan lirik video telah dilancarkan di saluran Youtube Alternate Records & Talents.

Drama Gerak Khas Undercover disiarkan di TV3, setiap Jumaat, pukul 10.30 malam. Utv

Lagu Gerak Khas Undercover, nyanyian Syamsul Yusof


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker