Anak pasang kunci basikal pada leher ibu, gagal dibuka kerana terlupa nombor kod

JIANGSU: Seorang wanita terpaksa pergi ke balai polis bagi meminta bantuan untuk membuka kunci basikal pada lehernya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 7 Oktober lalu, anak lelaki wanita tersebut yang berusia empat tahun didakwa memasang kunci itu pada leher ibunya.

Kemudian, kunci basikal tersebut tidak dapat dibuka kerana kanak-kanak itu terlupa nombor kodnya.

“Saya sedang membersihkan tandas ketika anak saya tiba-tiba memasukkan kunci basikal ke leher saya. Pada mulanya saya berasa ia lucu dan cuba membukanya, namun gagal.

“Saya tahu nombor kod rantai itu, namun tidak dapat membukanya kerana anak saya sudah menukarnya, selain dia juga tidak mengingati apa nombornya,” katanya.

Wanita tersebut mula panik dan terus pergi ke balai polis untuk mendapatkan bantuan.

Setibanya di balai polis, anggota bertugas juga tidak dapat membuka kunci tersebut dan mereka menghubungi bomba.

Tidak lama kemudian, kunci itu dapat dibuka dan wanita tersebut menzahirkan rasa lega.

Video wanita itu menjadi tular dalam media sosial di China dan kebanyakan pengguna menasihatkan supaya mengawasi perlakuan anak supaya tidak berlaku perkara tidak diingini.

Anak pasang kunci basikal pada leher ibu, gagal dibuka kerana terlupa nombor kod


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ayah teruja dapat balik rumah bini muda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker