PH Dan PN Menjarah Petronas Dari Tahun 2018

Oleh Nurul Aisyah

PETRONAS turut jadi mangsa kerakusan kerajaan Pakatan Harapan(PH) dan kerajaan Perikatan Nasional(PN) setelah mereka mengambil alih negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Dua kerajaan ini menjarah wang petronas tanpa belas kasihan.

CEO Petronas telah memberi amaran bahawa trend permintaan dividen berlebihan sejak 2018 adalah bahaya dan menjejaskan masa depan Petronas kerana rating syarikat akan jatuh, kemampuan melabur dan menjana keuntungan masa depan untuk membayar dividen kepada kerajaan juga akan terkesan.

Dalam keadaan terdesak, Petronas umum sudah menjual aset gas mereka di Azerbaijan dengan harga hampir RM10 bilion gara-gara kerajaan PH dan PN meminta bayaran dividen yang tinggi sehingga mengugat kedudukan kewangan Petronas.

Bagi tahun 2021 ini juga, kerajaan telah meminta kenaikan dividen sebanyak RM7b dari RM18b dalam bajet 2021 ke RM25b.

Trend meminta dividen yang tinggi ini sudah bermula sejak tahun 2018. Kerajaan PH telah menjarah Petronas. Syarikat minyak tersebut mengalami defisit setiap tahun sejak 2018 akibat bayaran dividen melebihi keuntungan tahunan dan terpaksa menjual aset atau meminjam lebih banyak dari luar negara untuk menampung keperluan aliran tunai.

Dividen dibayar Petronas kepada kerajaan:
2016 (BN): RM16b
2017 (BN): RM16b
2018 (PH): RM26b
2019 (PH): RM54b (habis semua wang dijimat dari IPP dengan pertolongan 1MDB diambil PH tapi dia kata pulak 1MDB mufliskan negara)
2020 (PN): RM34b (walaupun Petronas rugi RM20b)

  • 9 Dis 2019: Petronas jual kepentingan saham MISC, Petronas Dagangan dan Petronas gas bernilai RM6b.
  • 15 April 2020: Petronas pinjam US$6b (RM25b) dari luar negara
  • 10 Dis 2020: Petronas jual kepentingan saham MISC dan KLCC bernilai RM3.04b.
  • 23 April 2021: Petronas pinjam US$3b (RM12.5b) dari luar negara
  •  dan semalam,, Petronas jual aset gas di Azerbaijan bernilai hampir RM10 bilion

Ketika Datuk Seri Najib menjadi PM,  beliau telah banyak membantu Petronas mengumpul dan menaikkan nilai serta kekekuatan mereka. Nilai bersih Petronas ketika itu (aset tolak semua liabiliti/hutang) pula naik RM318.0 bilion atau hampir 4 kali ganda dari RM114.4 bilion sebelum beliau menjadi PM kepada RM432.3 bilion sejurus selepas PRU14. Memang rakus kerajaan Mahathir.

Kerajaan Najib kurang mengambil dividen berlebihan malah mereka menjana lebih peluang perniagaan dalam dan luar negara dan menyelesaikan masalah kontrak-kontrak penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah peninggalan PM4 pada tahun 2011 dengan pertolongan 1MDB yang mengambil alih banyak IPP ketika itu.

IPP berat sebelah ini membebankan Petronas sebanyak RM10 bilion hingga RM20 bilion setiap tahun.
Dianggar bahawa sekitar RM50 bilion telah dijimatkan Petronas setelah 1MDB mengambil alih beberapa IPP dan kerajaan tenderkan semula IPP ini secara open tender buat kali pertama dalam sejarah pada tahun 2012.

Kekuatan Petronas mula naik mencanak sepanjang tempoh itu sehingga rizab tunai Petronas bertambah dari RM30b pada tahun 2008 kepada RM176b ketika PRU14 sebelum ianya dijarah sehingga aset-aset terpaksa dijual satu persatu.

Semua harta negara dihabiskan hanya dalam sekelip mata.  Akibat dari salah memilih kerajaan, harta benda tergadai begitu sahaja. Hakikat ini sememangnya sangat pahit untuk ditelan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker