Lebih 8 juta individu dijangka terima dos ketiga

Lebih 8 juta individu dijangka terima dos ketiga

Kementerian Kesihatan (KKM) menganggarkan sekitar 8.75 juta individu di negara ini akan diberikan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19, bagi meningkatkan tahap perlindungan golongan rentan terhadap wabak itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata jumlah penerima dos ketiga itu meliputi petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan.



Selain itu, katanya, jumlah berkenaan merangkumi pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan serta individu dengan komorbid.

Situasi jangkitan Covid-19 negara yang semakin pulih khususnya aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi dan kapasiti hospital menunjukkan kesediaan Malaysia serta masyarakat memasuki fasa endemik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan pada sidang akhbar khas bahawa berkuat kuasa hari ini, rakyat yang lengkap menerima vaksinasi Covid-19 dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa memerlukan kebenaran polis, selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.

Berita lanjut menyusul



Lebih 8 juta individu dijangka terima dos ketiga


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker