Restoran banjir jadi tumpuan
Restoran banjir jadi tumpuan
Sebuah restoran terletak di tepi sungai yang dilanda banjir di Thailand pernah menjadi tempat makan yang tidak digemari satu ketika dulu kerana banjir yang sering berlaku di situ.
US News melaporkan,kini lain pula kisahnya apabila Chaopraya Antique Cafe menjadi tumpuan menyebabkan kerusi dan meja restoran itu sentiasa dipenuhi pelanggan.
Restoran itu dibuka pada Februari lalu di tepi Sungai Chao Phraya di sini, lengkap dengan seni bina serta hiasan antiknya.
Ia menjadi terkenal hasil publisiti diberikan oleh media tempatan hingga pelanggan perlu membuat tempahan sebelum berkunjung ke situ.
“Ini adalah suasana yang hebat. Banjir menjadi tarikan utama restoran.
“Oleh itu, saya ingin mencabar diri sendiri dan mencuba pengalaman baru ini,” kata Siripoj Wai-inta, 24, sambil menikmati makanannya.
Pemilik restoran itu mengakui bimbang dengan beberapa kemungkinan sekiranya banjir melanda.
“Ternyata pelanggan mempunyai reaksi yang sangat hebat. Mereka gembira.
“Kita dapat melihat suasana pelanggan menikmati pengalaman makan di dalam air.
“Jadi bencana banjir ini berubah menjadi peluang buat kami. Malah, mendorong kami untuk memastikan restoran tetap terbuka dan membuat pelanggan senang,” katanya.
Menurutnya, apa yang penting dia dapat memberi peluang kepada pekerjanya mencari rezeki dan tetap bekerja di situ walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. HM
Restoran banjir jadi tumpuan
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.