Nelayan jadi jutawan segera, temui ‘batu terapung’ bernilai lebih RM 5.6 Juta

Nelayan jadi jutawan segera, temui ‘batu terapung’ bernilai lebih RM 5.6 Juta

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Seorang nelayan dilaporkan telah menemui sejumlah besar muntah ikan paus yang kelihatan seperti batu pada mata kasar terapung di sebuah kawasan berdekatan pantai di selatan Thailand yang dianggarkan bernilai hampir 1 juta pound (RM5.6 juta).

Narong Phetcharaj yang biasanya mendapat sebanyak 200 pound (RM1,134) sebulan hasil dari memancing dikatakan telah melihat benda aneh yang dibawa oleh arus ombak di Pantai Niyom, lapor Daily Mail.

Setelah memeriksa dengan teliti, dia menyedari bahawa ia mempunyai tekstur yang sama dengan muntah ikan paus.

Dia kemudiannya menghantar objek tersebut kepada pakar di Universiti Prince of Songkla untuk diuji dan hasilnya membuktikan bahawa itu adalah muntah paus atau ambergris yang asli.

Dengan berat 30kg, penemuan nelayan itu bernilai sebanyak 1 juta pound dan ia dianggarkan berdasarkan harga muntah ikan paus sebelum ini yang telah terjual lebih dari 35,000 pound sekilogram.

Dalam pada itu, Phetcharaj mengatakan bahawa tidak ada penduduk yang pernah melihat atau menyentuh muntah ikan paus sebelum ini, justeru, penemuan itu membuatkan mereka kagum.

Dia pada awalnya membungkus muntah ikan paus itu dalam tuala dan menyembunyikannya di dalam kotak kadbod sebelum memberitahu keluarganya mengenai penemuan itu.

Tidak cuma itu, dia juga memeriksa sendiri objek itu terlebih dahulu di rumah dengan memanaskannya di atas sudu.

“Saya sangat teruja sehingga saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya merancang untuk menjual ambergris kerana saya sudah menerima sijil yang membuktikan bahawa ia asli.

“Sekiranya saya dapat harga yang baik, saya akan berhenti bekerja sebagai nelayan dan mengadakan pesta untuk rakan-rakan saya,” katanya.

Ambergris dihasilkan oleh ikan paus sperma dan ia dikatakan mempunyai bau yang busuk pada awalnya, tetapi setelah lendir mengering, ia akan menghasilkan aroma yang manis dan tahan lama.

Ia menjadi ramuan istimewa yang dicari dalam industri minyak wangi. Tn

Nelayan jadi jutawan segera, temui ‘batu terapung’ bernilai lebih RM 5.6 Juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker