Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
Pasti ada yang sudah mengemas beg dan tak sabar untuk pulang bertemu ayah dan ibu di kampung halaman selepas pengumuman YAB PM petang tadi membenarkan rentas negeri bermula tengah malam ini.
Petang semalam pun saya terdengar radio dah mainkan lagu Apa Khabar Orang Kampung. Tersenyum saya. Mungkin radio boleh mainkan lagu Balik Kampung pula lepas ni.
Saya dapat gambarkan betapa gembiranya semua apabila dapat menatap wajah ayah dan ibu depan mata nanti. Yang mungkin sudah terpisah dengan anak-anak, akhirnya dapat pulang bertemu.
Saya ingin titipkan sedikit nasihat, usah tergesa-gesa ketika memandu pulang ke kampung halaman. Kita ni, sifat toleransi kita amat tinggi, jadi kita kekalkan begitu apabila berada di jalanraya.
Ada juga menganggap ini kepulangan raya yang tertangguh. Ada yang dah rancang nak bukak lagu raya sepanjang perjalanan. Tentu seronok.
Saya jangkakan akan berlaku kesesakan di lebuhraya maka kita perlu banyak bersabar. Tiada cadangan jadual perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS sebagaimana lazim kerana mereka pun tak tahu perancangan cuti anda.
Rancanglah perjalanan anda. Jika mampu sabar, biarlah sabar untuk tunggu seminggu dua lagi untuk elak kesesakan.
Kita harap pihak PLUS, radio, media massa akan melaporkan pergerakan trafik di lebuhraya untuk dijadikan panduan pengguna jalanraya.
Kita semua nak pulang dengan hati yang tenang maka kita bertolak ansurlah di jalanraya nanti ya.
Kepada anda semua yang bakal pulang ke kampung, hati hati memandu dan pastikan sentiasa ingat pada SOP dan jika ada gejala, segera buat saringan dan maklumkan pada pusat penilaian Covid (CAC).
Sekiranya ingin lebih tenang hati demi menjaga keselamatan warga tua di kampung, saudara-saudari boleh uji diri sebelum bertolak dengan kit saringan RTK yang boleh dibeli dari mana-mana farmasi dengan harga bawah RM19.90.
Tetapi saya doakan agar kita semua sentiasa dilindungi dari wabak ini.
Kepada anda yang akan pulang untuk berziarah pusara ibu dan ayah, saya ingin ucapkan takziah, moga dikurniakan ketabahan dan teruskan berdoa untuk roh arwah.
Stay safe, semua.
NAJIB RAZAK
Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
Baca Artikel Menarik :
- Anak menteri India ditahan langgar mati petani tunjuk perasaan [VIDEO]
- Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri?
- Isteri Shuk Sahar ‘mengadu’ di media sosial sudah penat pertahankan rumah tangga
- Disuntik dadah dan diperkosa
- Rakan baik di sekolah jadi ibu tiri
- Saya tak minta nyawa dengan DAP – Rauf
- Kenapa Tak Boleh Sidai Baju Basah Dalam Rumah Sebabnya..
- Cara cetak sijil vaksin di MySejahtera
- Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini
- Titik panas cetus Perang Dunia Ketiga
- Resepi Mee Kari Kerang Lazat Sungguh
Layari Laman Facebook MYKMU