Langgar lari penghantar makanan, pemandu serah diri bantu siasatan

Sebaran :

Langgar lari penghantar makanan, pemandu serah diri bantu siasatan

IPOH: Seorang pemandu kenderaan yang melanggar penghantar makanan sehingga kes itu tular di media sosial, telah menyerah diri kepada polis semalam.

Ketua Polis Perak Mior Faridalatrash Wahid berkata pemandu berusia 48 tahun itu, tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh beberapa jam selepas insiden itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu kenderaan itu telah mengubah haluan secara tiba-tiba ketika berada di Jalan Ampang-Tambun, kira-kira 9 pagi semalam.

“Tindakan itu telah menyebabkan penghantar makanan yang berusia 34 tahun terjatuh ketika menunggang motosikalnya di jalan tersebut, sekali gus cedera ringan di bahagian siku serta lututnya. Pemandu kenderaan terbabit telah dibebaskan selepas keterangannya selesai diambil,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan raya dengan berhati-hati semasa memandu terutamanya dengan peningkatan kenderaan di atas jalan raya.

Semalam tular di media sosial video kemalangan langgar lari yang melibatkan seorang pemandu kenderaan dan penghantar makanan, yang mengundang pelbagai kecaman dan reaksi warganet. FMT

Langgar lari penghantar makanan, pemandu serah diri bantu siasatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun


Sebaran :

Leave a Reply