KKM sasar kanak-kanak bawah 12 tahun divaksin tahun depan

KKM sasar kanak-kanak bawah 12 tahun divaksin tahun depan

Kementerian Kesihatan (KKM) berharap dapat memberi vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tahun depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika merasmikan “Sambutan Hari Doktor Malaysia” anjuran Persatuan Perubatan Malaysia hari ini, berharap kanak-kanak dapat divaksin tahun depan dan “kita boleh memberi perlindungan kepada mereka terhadap Covid-19”.



Pada 24 Sept lalu, beliau dilaporkan berkata, KKM sedang berbincang dengan pengeluar vaksin untuk memperoleh vaksin yang selamat diberikan kepada kanak-kanak, tanpa menyebut nama syarikat pengeluar vaksin berkenaan.

Katanya, syarikat itu dijangka menyerahkan data klinikal yang akan dinilai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sekitar bulan ini.

Hari ini, Khairy mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada meskipun 90% populasi dewasa sudah lengkap divaksin kerana lonjakan kes masih berlaku di negara lain dengan kadar vaksinasi tinggi.

“Kita boleh menangani lonjakan kes jika ia berlaku, tetapi kita tidak mahu menghadapinya.



“Sekiranya anda benar-benar menghargai apa yang dilakukan petugas barisan hadapan sejak setahun setengah ini, anda akan lebih bertanggungjawab.

“Anda akan beringat dan anda akan menjaga kesihatan dan status kesihatan bagi memastikan lonjakan kes tidak berlaku.”

Mengenai kebenaran rentas negeri, beliau berkongsi kebimbangan ia mungkin menyebabkan lonjakan kes jika rakyat tidak mematuhi SOP.

Beliau mengingatkan rakyat supaya bertanggungjawab ketika negara bakal memasuki fasa endemik. FMT



KKM sasar kanak-kanak bawah 12 tahun divaksin tahun depan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker