Korban alkohol beracun di Russia meningkat 34 orang

Sebaran :

FILE PHOTO: Members of the Russian Investigative Committee investigate a criminal case of deaths of people from alcohol poisoning after consuming locally produced spirits, in Orenburg Region, Russia, in this still image taken from video released October 9, 2021. Investigative Committee of Russia/Handout via REUTERS

Angka kematian akibat keracunan alkohol di barat daya Russia meningkat kepada 34 orang.

Pihak berkuasa tempatan berkata, 24 orang lagi dirawat di hospital.

Penyiasat di wilayah Orenburg membuka siasatan berhubung kes jenayah selepas peminum maut akibat keracunan alkohol minggu lalu.

Sejak itu, polis menahan 10 orang dalam siasatan pengeluaran dan penjualan alkohol haram, lapor agensi berita TASS.

“Terdapat 67 mangsa yang dikenal pasti di wilayah ini, 34 di antaranya telah meninggal dunia,” kata kerajaan tempatan Orenburg seperti dipetik agensi berita Interfax.

Tujuh individu yang dirawat di hospital berada dalam keadaan serius dan empat daripadanya berada di ventilator, katanya.

Sabtu lalu, polis merampas 2,000 botol alkohol dan mengatakan mereka telah mengenal pasti ia mengandungi metanol.

Penduduk Russia sudah lama memiliki reputasi sebagai sebahagian peminum tegar di dunia, namun penggunaannya menurun dalam beberapa tahun terakhir, jatuh sehingga 43 peratus sejak 2003 hingga 2016, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Korban alkohol beracun di Russia meningkat 34 orang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Audio sailang Hadi, Takiyuddin enggan ulas


Sebaran :

Leave a Reply