Beruang pecah masuk rumah

Beruang pecah masuk rumah

ALBERTA, KANADA – Sebuah keluarga di Kanada terkejut apabila mendapati seekor beruang hitam berdiri di hadapan meja di dalam sebuah bilik kediaman mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Sean Reddy, ketika kejadian, mereka sekeluarga terdengar bunyi bising sebelum menyedari ada seekor beruang merayau-rayau di dalam kediaman mereka.



“Anak bongsu saya keluar dari pintu hadapan dan bertanya apa yang kami sedang lakukan kerana dia terdengar seperti bunyi cakaran di dalam rumah.

“Anak lelaki sulung saya kemudiannya berlari ke dalam rumah dan memberitahu bahawa terdapat seekor beruang di dalam rumah,” kata Reddy.

Dia kemudiannya dapat mendengar bunyi seperti beruang tersebut sedang mendengus di bahagian meja komputer di dalam bilik anaknya, di mana terdapat hidangan bijirin yang dibiarkan di dalam mangkuk.

“Kami terdengar bunyi mangkuk itu pecah kerana terjatuh di atas lantai. Saya mula berfikir bahawa beruang tersebut sedang memusnahkan bilik,” ujarnya.



Kata Reddy, dia kemudiannya berjaya menutup pintu bilik tersebut dengan harapan beruang itu dapat keluar menerusi tingkap.

Bagaimanapun, harapannya meleset sama sekali kerana tingkap bilik sedang tertutup, sekali gus menyebabkan mereka terpaksa menyekat bahagian laluan tengah di dalam rumah dan membiarkan beruang itu keluar melalui pintu depan.

Selepas beruang itu keluar dan menghilangkan diri, Reddy mendapati bahawa ia masuk ke dalam rumah dengan cara memecahkan tingkap dan merangkak ke dalam.

Kawasan tempat tinggal Reddy merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan beruang. K Online



Beruang pecah masuk rumah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker