Polis siasat pengguna Twitter dakwa 41 guru meninggal dunia akibat divaksin

Sebaran :

Polis siasat pengguna Twitter dakwa 41 guru meninggal dunia akibat divaksin

Polis sedang melakukan siasatan ke atas seorang pengguna Twitter yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai vaksinasi Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan selepas laporan polis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan kenyataan tidak benar dibuat individu terbabit kononnya 41 guru meninggal disebabkan vaksin.

“Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh KKM berhubung ciapan pemilik akaun Twitter [email protected] mengandungi kenyataan tidak benar mengenai senarai 41 kematian guru disebabkan oleh vaksin (Covid-19).

“Ciapan yang dimuat naik pada 8 Oktober 2021 itu mempunyai 52 retweets, 1,168 quote tweets dan 70 likes mengundang pelbagai reaksi dan maklum balas warganet,” katanya dalam kenyataan.

Jalil berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dengan tidak menyebar berita tidak benar.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah meminta laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna Twitter yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai vaksinasi Covid-19.

Beliau turut mengarahkan laporan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). FMT

Polis siasat pengguna Twitter dakwa 41 guru meninggal dunia akibat divaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim


Sebaran :

Leave a Reply