Lelaki ditemui maut dengan kesan tetak di bilik sewa

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditemui meninggal dunia disyaki di bunuh di sebuah rumah papan di Taman Serdang Utama, Seri Kembangan, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, AA Anbalagan, terdapat beberapa kesan tetakan pada kepala, rusuk kanan, belakang badan dan lengan mangsa melalui pemeriksaan awal.

Katanya, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.07 petang.



Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di kedai perabot sejak 20 tahun lalu itu tinggal berseorangan menyewa di bilik rumah berkenaan sejak lima tahun lalu.

“Tempat kejadian rumah papan satu tingkat yang tidak berpagar. Dalam rumah itu, ada beberapa bilik yang disewakan menggunakan papan sebagai dinding. Tiada saksi kejadian dikesan setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan, Rozairy di talian 011 1122 8545.

Lelaki ditemui maut dengan kesan tetak di bilik sewa




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Disuntik dadah dan diperkosa



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker