Tular Usahawan Kanada Mr Wonderful Bersarung Batik Dengan Kemeja Serta Bersut [VIDEO]

Tular Usahawan Kanada Mr Wonderful Bersarung Batik Dengan Kemeja Serta Bersut [VIDEO]

SATU video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna yang menggelar dirinya sebagai Mr. Wonderful baru-baru ini menarik perhatian netizen di kalangan Asia.

Bukan kerana kandungannya yang sering membawakan topik berkonsepkan pengurusan kewangan dan berkongsi tip-tip kerjaya, tetapi kerana penampilannya yang menggayakan baju kemeja berserta sut dengan kain batik sarung berwarna biru.

Mungkin amalan itu dianggap sebagai sesuatu yang dekat di hati mereka yang berasal dari rantau Asia Tenggara, yang mungkin pernah menyertai mesyuarat secara dalam talian dengan menggayakan kemeja, namun di bahagian bawah pinggang hanya mengenakan kain pelikat sebagai pengganti seluar.

VIDEO DIBAWAH:-

@kevinolearytv

Reply to @symiczek How are you handling your personal debt? You gotta get rid of it! #kevinoleary #debt #creditcard #advice #realestate

♬ original sound – Mr. Wonderful

Dari sudut biasa rakaman kamera yang hanya memerlukan pandangan wajah, memanglah tiada siapa yang tahu, dan tiada siapa pun yang perlu tahu apa yang dipakai!

Tapi melihatkan gelagat orang Barat menggayakannya, dan sengaja pula ditularkan, ia menjadi sesuatu yang unik dan menghiburkan. Hingga ada yang berjenaka di ruangan komen dengan meminta supaya kain batik itu dipulangkan semula kepada ‘ibu’ mahupun ‘nenek’ mereka.

Mr Wonderful atau nama sebenarnya Kevin O’Leary yang beradsal dari Kanada sebelum ini sering mengenakan kemeja berserta sut dengan seluar pendek, namun ini adalah kali pertama dia mengejutkan orang ramai dengan penampilan berkain batik.

Setakat petang 5 petang Rabu, video tersebut sudah hampir mencecah tontonan sebanyak 275,000 dengan jumlah likes yang menghampiri 13,000.

O’Leary yang mendaftar akaunnya sebagai @kevinolearytv di TikTok adalah seorang ahli perniagaan terkenal dan membintangi rancangan realiti TV Shark Tank sebagai pelabur.

Tular Usahawan Kanada Mr Wonderful Bersarung Batik Dengan Kemeja Serta Bersut [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adun Dap Melaka marah surat dihantar tanpa pengetahuannya

‘Nak rentas negeri, lebih baik ada syarat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker