Warisan ambil tindakan undang-undang terhadap ADUN Sindumin keluar parti

Warisan ambil tindakan undang-undang terhadap ADUN Sindumin keluar parti

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob susulan keputusan beliau keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, surat taat setia dan akuan bersumpah serta video ADUN Warisan masih ada dalam simpanan parti.

“Kita akan susuli dengan tindakannya. Kita sudah lakukan sesuatu terhadap ADUN Sebatik (Hassan A Gani Pg Amir) dan itu masih dalam kes mahkamah.

“Surat dan videonya pun ada,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap Yusof termasuk berkaitan surat taat setia dan akuan bersumpah yang ditandatangani sebelum dijadikan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

Ahli Parlimen Semporna itu turut memberitahu, ketiadaan Yusof dalam Warisan tidak memberi kesan kepada parti itu.

“Saya ingat kesannya tidak seberapa teruk sangat. Saya faham kenapa Ketua-Ketua Bahagian keluar parti, mereka ada hutang yang perlu dilangsaikan dan saya tidak mampu untuk menjelaskan semua perkara itu.

“Tidak apa, itu terserah kepada mereka. Itu perjuangan kita untuk kepentingan rakyat bukannya kepentingan peribadi,” katanya. Sinar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Warisan ambil tindakan undang-undang terhadap ADUN Sindumin keluar parti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker