Wanita kahwini bapa kekasih

Sebaran :

Tangkap layar video TikTok seorang gadis mengaku mahu kahwini bapa kekasihnya yang kematian isteri. – TikTok

JAKARTA – Luahan hati seorang wanita baru-baru ini yang mendedahkan telah berkahwin dengan bapa kepada teman lelakinya sendiri menjadi tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com.

Menurut satu video yang dimuat naik pengguna TikTok bernama @ys.amri, wanita itu mendedahkan bahawa teman lelakinya bersedih selepas kematian ibunya.

Enggan lelaki itu terus bersedih, wanita itu kemudiannya melakukan satu tindakan yang tidak disangka-sangka iaitu berkahwin dengan bapa teman lelakinya sendiri.

“Ibu teman lelaki saya meninggal dunia. Oleh kerana tidak mahu dia bersedih, saya mengambil keputusan berkahwin dengan bapanya supaya teman lelaki saya kembali mempunyai seorang ibu,” tulis wanita itu pada keterangan video TikTok tersebut.

Pengakuan itu kemudiannya menjadi perbualan netizen yang kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi dan pendapat.

“Mulianya hati awak,” tulis seorang netizen.

“Ini barulah seorang kekasih yang memahami,” tulis seorang lagi netizen.

“Tajuk bagi filem ini nanti adalah ‘Ibu tiriku kekasihku’,” tulis seorang netizen lain. – AGENSI

Wanita kahwini bapa kekasih


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pramugari bertemu jodoh dengan penumpangnya


Sebaran :

Leave a Reply