‘Kafe banjir’ hidupkan semula operasi perniagaan [VIDEO]

BANGKOK: Makan sambil merasai sendiri pengalaman berada di dalam banjir.

Itu keunikan yang cuba ditonjolkan oleh pemilik Chaopraya Antique Cafe di Nonthaburi, Bangkok.

Semasa banjir berlaku di daerah itu, pemilik kafe, Titiporn Jutimanon mahu menutup restorannya.



Namun, dia menyedari pelanggan sebenarnya tidak kisah menikmati hidangan dikelilingi banjir.

“Konsep itu asalnya direalisasikan oleh permintaan pelanggan. Sekiranya saya tutup operasi perniagaan sudah tentu tidak dapat bertahan lagi,” katanya.

Waktu tengah hari dan petang restoran itu dipenuhi pengunjung yang mengunyah miang kham serta suasana pelanggan yang terpaksa melompat di atas kerusi ketika bot melalui Sungai Chao Phraya sehingga menyebabkan ombak air mengenai mereka.



Ribut tropika Dianmu dan hujan monsun yang lebat menyebabkan bencana banjir di 33 wilayah di Thailand sehingga menjejaskan 300,000 penduduk.

Kawasan sungai di Bangkok berdepan dengan risiko banjir dalam tempoh beberapa hari dan lebih banyak ribut dijangka berlaku minggu depan.

Menurut Titiporn, operasi perniagaan berkonsepkan suasana banjir itu memerlukan kerja keras.

“Anda perlu mengetahui laluan meredah air banjir semasa membawa hidangan pelanggan. Staf juga terpaksa membersihkan lumpur selepas kedai ditutup,” jelasnya. – AFP



‘Kafe banjir’ hidupkan semula operasi perniagaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kereta mahal, tapi tak mahu bayar tol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker