Pemandu bas maut tersepit babit empat kenderaan
Pemandu bas maut tersepit babit empat kenderaan
SEREMBAN: Seorang pemandu bas maut akibat tersepit selepas terlibat dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Sendayan Lama, berhampiran Kampung Jimah dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa, G Erudayasamy, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah bas milik yang dipandu mangsa.
“Kemudian datang sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, yang dipandu seorang lelaki berumur 35 tahun dari arah belakang bas, lalu terlanggar bahagian kanan bas tersebut, sebelum sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang seorang lelaki berusia 38 tahun melanggar kenderaan pacuan empat roda terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohd Said berkata, akibat daripada nahas tersebut, pemandu bas terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada akibat tersepit sebelum disahkan meninggal dunia manakala pemandu lori pula mengalami kecederaan di bahagian mata dan dua lagi individu yang lain hanya cedera ringan.
“Mayat mangsa telah dibawa ke bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Sek 41(1) APJ 1987 manakala siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya-SH
Pemandu bas maut tersepit babit empat kenderaan
Baca Artikel Menarik :
- Jalan berlubang telefon Shahidan, 019-454 5111
- Habibul Rahman ambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq
- Pandora Papers, ini apa kata Najib
- Mohamad Ali cabar Idris bertanding kawasan sama
- Menghadap Agong, Dap minta Norhizam tidur awal, jangan mimpi
- Sesungguhnya azab neraka itu pedih tak terperi – Netizen
- Perbuatan lelaki cabul pekerja wanita kedai vape dirakam CCTV
- Pasangan kekasih jatuh tergolek ketika ingin berpelukan
- Penduduk berang, bakar pencuri motosikal hidup-hidup
- Meeting pakai kain batik, Mat Salleh raih perhatian netizen
- Resepi Kari Tulang Rebung, Sedap Betul Lauk Ni
Layari Laman Facebook MYKMU