Polis rampas dadah RM3.67 juta

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Razarudin Husain berkata kumpulan yang aktif sejak hujung September tahun lepas itu disyaki menjalankan aktiviti pembungkusan dadah untuk kegunaan parti persendirian dan pasaran di sekitar Kedah dan Pulau Pinang. (Gambar Bernama)

KULIM: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.67 juta selepas menahan tiga lelaki dan seorang wanita dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Kedah dan Pulau Pinang pada 27 Jan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Razarudin Husain berkata, semua suspek berusia 32 hingga 33 tahun itu ditahan dalam satu operasi khas dilancarkan JSJN Bukit Aman dan JSJN Kedah.

“Dalam serbuan secara serentak selama satu jam yang bermula 10.45 pagi itu, kita telah berjaya merampas dadah jenis ekstasi seberat 11.18kg, ketamin (17.8kg), Erimin 5 (20.22kg), minuman jus (20.15kg) dan dadah jenis ‘mushroom’ seberat 410g.

“Polis turut merampas pelbagai aset sindiket yang bernilai RM488,400 antaranya tujuh kereta, sebuah motosikal berkuasa tinggi dan wang tunai berjumlah RM4,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.



Kejayaan rampasan DADAH terbesar dalam negara oleh Polis Johor bernilai RM208.1 Juta

Katanya, kumpulan yang aktif sejak hujung September tahun lepas itu disyaki menjalankan aktiviti pembungkusan dadah untuk kegunaan parti persendirian dan untuk pasaran di sekitar Kedah dan Pulau Pinang yang dianggarkan mampu digunakan oleh 198,036 penagih dadah.

“Penahanan semua suspek ini merupakan susulan tangkapan yang dibuat pada Julai. Kita percaya mereka ini ada kaitan dengan sindiket di Selangor dan siasatan akan diteruskan dalam usaha untuk memutuskan sindiket bekalan dadah ini.



“Hasil ujian saringan urin juga mendapati dua suspek positif dadah jenis syabu dan ketamin. Semua suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 3 Feb dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker