Peserta ratu cantik tunggang motosikal takut terlewat

Peserta ratu cantik tunggang motosikal takut terlewat

Bangkok: Tular di laman sosial mengenai salah finalis pertandingan ratu cantik, Miss Grand Thailand 2023, menunggang motosikal.

Portal Detik.com melaporkan, kisah itu bertambah menarik kerana Ninew Anuthida, finalis Miss Grand Thailand yang mewakili daerah Rayong datang ke Swissotel Bangkok iaitu tempat berlangsungnya pertandingan ratu cantik itu, dengan menunggang sendiri motosikal lengkap memakai mahkota di kepala.

Media tempatan melaporkan Ninew terpaksa datang dengan motosikal untuk mengejar waktu.

Oleh kerana takut terlambat, Ninew menyewa motosikal itu secara dalam talian supaya dapat cepat sampai ke hotel itu.

Menerusi video yang tular, mereka yang melihatnya pun bersorak kerana kagum dengan kebolehan wanita itu membawa motosikal.

Difahamkan, pemilik motosikal itu adalah lelaki duduk di belakang Ninew yang turut sempat mengambil gambar wanita itu menerusi telefon bimbit.

Sebaik tiba di lokasi, Ninew menyapa penyokongnya, malah turut melambaikan tangan dan mengambil gambar dengan berdiri di depan motosikal.

Wanita itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pemilik motosikal kemudian mengambil beg tangannya yang dipegang lelaki terbabit sepanjang perjalanan.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Ninew memuat naik gambar itu di Instagram (IG) miliknya.

Ninew Anuthida adalah salah seorang daripada puluhan peserta dari 77 wilayah di Thailand yang mengikuti pemilihan Miss Grand Thailand 2023 dan pernah menyertai pertandingan sama tahun lalu, namun hanya berjaya memenangi hadiah pakaian dalam terbaik. HM

Peserta ratu cantik tunggang motosikal takut terlewat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu

PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker