Polis tahan enam lelaki disyaki curi transformer pencawang elektrik
Polis tahan enam lelaki disyaki curi transformer pencawang elektrik

KUALA SELANGOR: Enam lelaki berusia antara 19 hingga 34 tahun ditahan polis selepas disyaki mencuri transformer pencawang elektrik di daerah ini, kelmarin.
Mereka ditahan pada jam 2.10 pagi oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor yang melakukan rondaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata pihaknya mengesan tiga kenderaan mencurigakan iaitu lori Mitsubishi Fuso, roda Toyota Hilux dan motosikal Honda RS-X di Jalan Hopeful, Bestari Jaya.
“Anggota mengekori lori berkenaan hingga ke Jalan Timur Tambahan dan dengan bantuan anggota MPV lain, kami turut menahan Toyota Hilux dan motosikal.
“Ketika pemeriksaan dilakukan, pemandu Hilux memecut dan melarikan diri selepas menurunkan semua penumpang,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Azaharudin berkata, pemeriksaan ke atas tong roro lori yang ditutup dengan kanvas membawa kepada penemuan transformer pencawang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Turut ditemui adalah peralatan disyaki untuk membuka dan mencuri transformer.
“Semakan mendapati suspek memotong transformer di tepi jalan kawasan terpencil lalu menariknya ke dalam lori menggunakan tali siling.
“Tiga daripada enam suspek mempunyai rekod lampau jenayah,” katanya.
Azaharudin berkata, polis giat memburu pemandu Toyota Hilux berusia 29 tahun.
Katanya, semua suspek direman lima hari bermula semalam sehingga 30 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Polis tahan enam lelaki disyaki curi transformer pencawang elektrik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.