Leftenan Kolonel, kontraktor direman rasuah


SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan Tentera Darat berpangkat Leftnenan Kolonel direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan rasuah berjumlah RM16,000 untuk kerja-kerja di sebuah kem di Selangor selama setahun bermula 2019.

Turut direman dengan jumlah hari sama adalah seorang kontraktor selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani. Kedua-dua suspek lelaki berusia 47 dan 50 tahun.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan dalam tempoh setengah jam bermula pukul 4.30 petang semalam selepas hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Sumber memaklumkan, pegawai kanan tentera itu merupakan antara pegawai tertinggi di kem tersebut yang meluluskan projek-projek pembaikpulihan melibatkan kem tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek bekerja kontraktor itu mendapat projek-projek di kem berkenaan.

“Pegawai tentera itu kemudiannya meminta dan menerima suapan berjumlah RM16,000 daripada syarikat-syarikat kontraktor menerusi bantuan kontraktor berkenaan ,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Jelas sumber sama, projek-projek yang dijalankan di kem itu melibatkan dibawah RM20,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. K Online

Kerajaan patut bantu, bukan bunuh kontraktor bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker