Tarantula kenderaan berperisai pertama buatan Malaysia

Sebaran :


KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenderaan berperisai pertama buatan tempatan dinamakan sebagai Tarantula HMAV4x4.

Menurut beliau, kenderaan berperisai mobiliti tinggi itu dibina dengan menggunakan sepenuhnya teknologi dan kepakaran anak Malaysia.

Jelas beliau, kenderaan berperisai itu telah melalui pelbagai penilaian seperti ketahanan di lebuh raya, penggunaan minyak, ujian muatan, kecekapan, ujian mendaki serta cerun dan banyak lagi.

“Ujian berlangsung selama sembilan hari merangkumi perjalanan sejauh 700 kilometer (KM) di atas jalan raya dan 300 KM secara ‘off-road’ termasuk beberapa ujian berhalangan lain.

“Tatacara uji nilai dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia setanding dengan pelaksanaan di peringkat antarabangsa.

“Nama kenderaan berperisai ini diambil daripada nama Tarantula iaitu kumpulan labah-labah bertaring yang besar,” katanya pada sidang media Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4×4 (HMAV4x4) di ibu negara hari ini. K Online

Kereta perisai buatan Malaysia


Sebaran :

Leave a Reply