Darurat Tidak Sekat Perhimpunan Agong UMNO, Kita Terus Mara Buat Secara Maya – Ahmad Maslan

 

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan memberi bayangan perhimpunan agung parti itu akan diadakan secara maya jika perintah kawalan pergerakan (PKP) dan darurat masih berkuat kuasa.

Ahmad yang juga setiausaha agung Barisan Nasional (BN) bagaimanapun berkata, tarikh perhimpunan seperti yang lazimnya diadakan secara besar-besaran itu akan dimaklumkan kemudian seiring perubahan berikutan pandemik Covid-19.



“Mesyuarat pengurusan dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan tetapkan bila Perhimpunan Agung Umno bakal diadakan.

“Jika PKP dan darurat masih ada, kami akan buat juga secara maya.

“Umno akan terus mara untuk rakyat Malaysia walau sebesar mana pun cabaran. Perjuangan tetap kita teruskan,” katanya di Twitter.

Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.



Usul Putus Hubungan Dengan Bersatu, Diangkat ke Perhimpunan Agong UMNO

Berikutan itu, pada 18 Jan, Ahmad berkata, Perhimpunan Agung Umno tahun ini yang dijadualkan berlangsung semalam dan hari ini ditangguhkan selaras perisytiharan darurat dan pelaksanaan PKP kedua.

Tarikh baharu perhimpunan itu akan dimaklumkan kelak, malah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dikatakan bersetuju supaya pemilihan parti diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh bersesuaian pada tahun ini.



Terdahulu, Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, pada 7 Jan dilaporkan berkata, MKT mengambil keputusan bahawa usul memutuskan hubungan PPBM dan mempertahankan kerjasama dengan PAS akan dibawa ke perhimpunan agung parti itu.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan usul berkenaan diperhalusi dan diputuskan di peringkat tertinggi parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Umno.

Dua usul berkenaan diutarakan selepas, mesyuarat bahagian Umno mengusulkan supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat dikembalikan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi krisis Covid-19.

 



Perhimpunan Agung UMNO ditangguh, pemilihan parti diteruskan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker