Mata Elyana makin kabur
Mata Elyana makin kabur
Penyanyi dan pelakon, Elyana berkongsi tahap perkembangan kesihatan dirinya di mana penglihatannya kini semakin kabur.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh penyanyi yang popular dengan lagu Kalis menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.
“Penglihatan semakin hari makin kabur… baru tau seksanya rabun.
“Masa kecil nak sangat rabun sebab nak pakai cermin mata.. Sanggup tengok televisyen dekat-dekat,” tulisnya.
Pada Julai lalu, Elyana, 34, telah menjalani rawatan radioterapi pada bahagian hati dan pinggul bagi mengubati penyakit kanser limfoma yang dihidapinya.
Sebulan sebelum itu, Elyana dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan radioterapi sebanyak 10 sesi berikutan penyakit kanser limfoma yang dihadapi sudah merebak ke dada, paru-paru, belakang rahim, usus dan beberapa bahagian badan yang lain.
Elyana menghidap kanser limfoma sejak 2012 membuat pendedahan mengenai penyakitnya pada 2017 ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat.
Pelakon filem Dunia Baru The Movie dan Dukun itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010.
Mereka dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun. MG
Mata Elyana makin kabur
Baca Artikel Menarik :
- Rosmah menangis ketika perbicaraan
- Najib saran tangguh PRN di Melaka
- Akaun bank tinggal RM1, macam mana nak beli Datuk?
- Keluarga 69! Wanita Mengaku Sanggup Kongsi Suami Dengan Kakak, Ibu Sendiri [VIDEO]
- Hina Kisona, berdepan minta maaf – Roslin Hashim
- Bekas Pelakon Filem Lucah Tikam Anak Umur 2 tahun Kerana Balas Dendam
- Doktor Di Jepun Kesan Satu Lagi Gejala Covid-19, Kali Ini Tak Selesa Di Dubur…
- Nadia Brian dijodohkan dengan Iqram sebab perangai pelik oleh netizen
- Kenyataan saya ‘dipotong’ sampai orang bukan Islam salah faham – Syakir Nasoha
- Kes suami Zeti apa jadi bila mahu didakwa?
- Resepi kacang pool sedap, pasti tambah
Layari Laman Facebook MYKMU
Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas
You must be logged in to post a comment.