Topi vintaj berjenama sumber rezeki
Topi vintaj berjenama sumber rezeki
Kisah seorang peniaga pakaian terpakai menjual sehelai baju T lusuh Geisha Official keluaran Nike pada harga RM37,500 menjadi inspirasi kepada seorang pemuda untuk memulakan bisnes yang sama.
Kecekalan peniaga tersebut yang menawarkan bidaan menerusi Facebook mendorong Ibnor Hafizul Shakirin Ibrahim, 31, membuka premis pakaian terpakai berasaskan topi di Kampung Dalam, Ayer Baloi di sini.
Katanya, perniagaan itu diusahakan bersama seorang rakan kongsi pada tahun lalu dan kini menggunakan gerbang pemasaran aplikasi online bagi meluaskan pasaran topi terpakai ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Setiap hari kami akan mengadakan jualan melalui Facebook dan pembeli boleh membeli terus apabila tawaran dibuka dengan harga serendah RM3 sehingga RM1,000 bergantung kepada jenama dan vintaj.
“Topi-topi yang berjenama dan vintaj mempunyai peminatnya sendiri yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan lebih hanya untuk memiliki topi yang berusia 10 hingga 30 tahun,” katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.
Ibnor Hafizul berkata, terdapat pelbagai jenis atau topi di pasaran ketika ini antaranya Bucket, Trucker, Fiva Panel, Bareeta dan Snap Pack yang hanya diketahui si pemakai atau peminatnya.
Katanya, Hakaidobundle juga menawarkan perkhidmatan baik pulih, membasuh dan memasang alat ganti aksesori dan memasang logo.
Jelasnya, walaupun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, jualan topinya masih mendapat tempahan dengan setiap hari sebanyak 70 kotak dihantar melalui perkhidmatan pos laju kepada pembeli.
Tambah Ibnor Hafizul, dia mula menyedari penjualan topi terpakai sebenarnya mempunyai peluang menjana pendapatan yang baik sekiranya dilakukan bersungguh-sungguh setelah setahun menceburi bidang itu.
Katanya, setakat ini pendapatan yang diperolehi amat memuaskan kerana permintaan terhadap topi terpakai sentiasa ada dalam kalangan individu mahupun mereka yang membelinya untuk dijual semula. K Online
Topi vintaj berjenama sumber rezeki
Baca Artikel Menarik :
- Anak tetak mati ibu bapa lepas sembang hal ketuhanan
- Saya sepatutnya jadi saksi pendakwaan terhadap Rizal
- Taikun hartanah saksi kes Guan Eng ditemui mati
- Mila Jirin Tidak Puas Hati KJ Belum Sedia Buka Majlis Sosial
- Dakwaan seksual babitkan Ebit Lew: Saksi, mangsa diminta tampil
- Skirt Intan Najuwa jadi bahan
- Boleh beri projek terus sebab ada yang amat sayang – Najib
- Fahmi Redza ‘ke dalam’ lagi
- Resepi sup Szechuan masam pedas gerenti best
- Pandora Papers: Zafrul rujuk peguam untuk tindakan lanjut terhadap Malaysiakini
- Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU