Pelanggan seronok kedai nasi kandar buka 24 jam

Pelanggan seronok kedai nasi kandar buka 24 jam

GEORGE TOWN: Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sejak 1 April memberi kelegaan dan kegembiraan kepada pelanggan di Pulau Pinang apabila kedai nasi kandar kegemaran mereka kembali beroperasi sepanjang masa.

Naveen, seorang pelanggan dari Kuala Lumpur yang sedang bercuti di Pulau Pinang, gembira kedai kini boleh dibuka 24 jam, membolehkan orang ramai menikmati hidangan popular itu walaupun pada lewat malam atau awal pagi.

“Bayangkan kegembiraannya apabila anda tiba dari Kuala Lumpur pada 1 atau 2 pagi dan lihat kedai nasi kandar masih buka,” katanya kepada FMT ketika ditemui di Restoran Kassim Mustafa di Little India.

Pemuda berusia 24 tahun yang bekerja sebagai kakitangan bank itu berkata, dengan kelonggaran ini, mudah baginya untuk mendapatkan makanan setelah selesai bekerja lewat malam.

Azlan Abd Rahim, 48, pula berkata, operasi 24 jam restoran sepanjang Ramadan akan memudahkan pelanggan Islam membeli makanan untuk bersahur.

‘Lanjutkan kelonggaran untuk perniagaan lain’

Naveen berharap kerajaan akan terus membenarkan restoran beroperasi sepanjang hari sekalipun berlakunya lonjakan jangkitan Covid-19, memandangkan kadar vaksinasi tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau berharap ini akan terpakai bagi perniagaan lain seperti bar juga.

Azlan berkata, pengurusan wabak itu telah bertambah baik.

“Walaupun angka (jangkitan) dah bertambah, risiko kematian rendah. Maknanya, (wabak) dalam keadaan terkawal, cuma kita kena ambil langkah-langkah berjaga sendiri,” katanya.

Seorang pemilik kedai nasi kandar berkata, operasi 24 jam akan membantu sektor itu pulih selepas dua tahun sekatan pergerakan dikenakan. Beliau berkata, negara-negara lain telah membuka ekonomi mereka lebih awal.

Bagaimanapun, seorang pelanggan, Max Ooi, 44, berharap orang ramai akan terus mematuhi SOP apabila mengunjungi kedai nasi kandar.

“Putrajaya masih perlu menguatkuasakan SOP tertentu untuk mengurangkan risiko jangkitan. Kita mesti sentiasa berjaga-jaga,” kata jurujual kereta itu. FMT

Pelanggan seronok kedai nasi kandar buka 24 jam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker