Kapal layar mewah terbakar pernah dimiliki jutawan Perancis

Sebuah kapal layar berharga berjuta-juta dolar yang pernah dimiliki taikun Perancis, Bernard Tapie  karam di perairan Malaysia, kata seorang  pegawai hari ini selepas kapal tersebut terbakar beberapa hari lalu.

Gambar fail yang diambil pada 4 Julai 1988 menunjukkan kapal layar mewah “Phocea” yang pernah dimiliki oleh ahli perniagaan Perancis Bernard Tapie, di luar Saint-Malo, Perancis barat. – AFP

Pasukan Maritim Malaysia berkata, kapal bernama Phocea sepanjang 75 meter (246 kaki) tenggelam dekat Pulau Langkawi awal Jumaat lalu, sehari selepas api membakar kapal dilengkapi empat layar utama tersebut.



“Kami percaya kapal itu karam pagi Jumaat lalu sekitar pukul 5 atau 6 pagi.

“Kami berjaya mengawal kebakaran tetapi kerosakan pada badan kapal mungkin menyebabkan ia tenggelam,” kata Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah kepada agensi berita  AFP.

Beliau menambah, pegawai-pegawai kerajaan masih menyiasat punca kebakaran manakala ejen bertanggungjawab ke atas kapal itu sudah dimaklumkan tentang insiden tersebut.

Seramai tujuh anak kapal diselamatkan selepas pasukan penyelamat mendapat maklumat tentang kebakaran itu Khamis lalu.



Dibina untuk pelayar Perancis, Alain Colas pada 1976, kapal layar itu dimiliki oleh Tapir dalam tahun 1980-an dan 1990-an.

Kapal itu kemudian dijual kepada seorang hartawan wanita Lebanon pada harga €7.5 juta (RM36.71 juta). – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker