Top Glove sahkan kematian pekerja Nepal di kilangnya

Top Glove sahkan kematian pekerja Nepal di kilangnya

Top Glove mengesahkan kematian pekerja warga Nepal di satu kilang sarung tangan getahnya, malam tadi, dan kini bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menentukan punca kematian.

Top Glove berkata, pekerja itu dikenali sebagai Puspa Taming, dan syarikat akan memastikan keluarganya serta pihak lain yang berkepentingan akan dimaklumkan mengenai siasatan serta hasil dapatannya.

Pakar hak asasi pekerja migran, Andy Hall berkata, Puspa meninggal dunia ketika bekerja pada syif malam tadi di lokasi dikenal pasti sebagai “F19 compounding area”.

Dalam video berdurasi 20 saat dipercayai diambil di tempat kejadian, seorang lelaki memakai baju seragam berwarna biru dan kuning serta seluar jean dilihat baring terlentang di atas sebahagian mesin yang besar.

Gambar berasingan turut menunjukkan kad nama pekerja dengan butiran peribadinya, yang mengesahkan kerakyatan dan lokasi kerja seperti didedahkan Hall serta sekurang-kurangnya satu lagi sumber yang maklum mengenai kejadian itu.

Top Glove berkata, pekerjanya diberikan perlindungan keselamatan sosial seperti yang diwajibkan kerajaan dan syarikat komited memastikan kesihatan serta kebajikan tenaga kerjanya. Syarikat juga berkata keluarga Puspa akan menerima bantuan sewajarnya.

Hall mendakwa dua lagi kematian pekerja migran Top Glove berlaku baru-baru ini melibatkan rakyat Bangladesh dan Nepal, yang ditugaskan ke “F22 robotic area” di satu lagi kilangnya, juga di Klang. FMT

Top Glove sahkan kematian pekerja Nepal di kilangnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker