Duterte umum bersara dari politik
Duterte umum bersara dari politik
Manila: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata beliau tidak akan bertanding untuk merebut jawatan naib presiden pada 2022 dan akan bersara dari politik.
Katanya, beliau juga akan memberi laluan kepada anak perempuannya untuk bertanding tahun depan.
Duterte, yang kekal popular sejak 2016, tidak dibenarkan memegang jawatan presiden untuk penggal kedua.
“Sentimen daripada warga Filipina bahawa saya tidak layak (untuk memegang jawatan dua penggal).
“Hari ini, saya mengisytiharkan persaraan saya dari politik,” katanya.
Duterte, mendapat perhatian antarabangsa berikutan peperangannya dengan pengedar dadah selain mulutnya yang celupar.
Namun, beliau kekal popular dalam kalangan rakyat Filipina yang bosan dengan kegagalan fungsi ahli politik elit.
Kempen antijenayah Duterte telah mengakibatkan kematian ribuan pengedar dan penagih yang mengundang kecaman global.
Namun berjuta-juta rakyat Filipina menyokong tindakannya, walaupun beliau pernah membuat jenaka berkaitan rogol dalam ucapannya, memenjarakan individu yang mengkritiknya dan gagal membasmi rasuah di negaranya. HM
Duterte umum bersara dari politik
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera
You must be logged in to post a comment.