Pratempahan iPhone 13 habis dalam 2 jam

Pratempahan iPhone 13 habis dalam 2 jam, hebat rakyat Malaysia!

HEBOH di media sosial memperkatakan tentang ‘selera besar’ rakyat Malaysia membeli telefon pintar iPhone 13 yang dikatakan kesemua model yang ditawarkan habis dijual kurang dalam tempoh 2 jam awal pagi semalam.

Manakan tidak, telefon yang mula dijual pada harga serendah RM3,399 bagi iPhone 13 mini dan RM7,599 bagi iPhone 13 Pro Max itu habis terjual di sebalik cakap-cakap rakyat Malaysia sedang ‘ikat perut’ kerana kesan penularan Covid-19.

Menurut portal Vocket.tech, meskipun tidak banyak perubahan yang ditawarkan Apple pada iPhone 13 berbanding model keluaran tahun lalu, namun pelancaran model itu masih lagi disambut meriah.

Tinjauan beberapa minit selepas siri iPhone 13 ditawarkan tepat jam 12 tengah malam semalam, beberapa laman web yang menawarkan model itu dilapor mengalami masalah untuk diakses dipercayai berikutan jumlah pembeli yang ramai.

Selain itu, laman Machines turut memaparkan pelbagai model daripada ruang storan dan warna yang berbeza sudah berjaya ditempah oleh orang ramai sehinggakan mereka tidak lagi mempunyai stok lebihan khusus buat mereka yang mahu menempah setakat pada pagi ini.

Tempahan menerusi laman Apple Malaysia pula menunjukkan para pelanggan perlu menanti sehingga lima minggu dalam mendapatkan model iPhone 13 Pro atau iPhone 13 Pro Max.

Seorang pengguna Twitter, Hail@HailManaf dalam ciapannya berkata;”Hebat nafsu membeli orang Malaysia erana sebelum 2 pagi, kesemua model iPhone-13 habis terjual termasuk yang berharga lebih RM7,000. Sekarang giliran menunggu semakin bertambah dari masa ke semasa,” ciapnya.

Namun, bukanlah sesuatu yang mengejutkan siri terbaharu iPhone akan habis terjual dengan cepat kerana telefon itu sememangnya memiliki peminat tersendiri malah ia turut menjadi fenomena di seluruh dunia.

Di China, lebih 2 juta pratempahan iPhone13 diterima semasa pelancarannya bulan lalu berbanding hanya 1.5 juta bagi model terdahulu tahun lalu di sebalik angka 13 yang dikaitkan orang Cina membawa maksud malang.

Malah, peruncit dalam talian terbesar dunia, Amazon turut melaporkan iPhone 13 habis terjual di laman itu berikutan pratempahan mendadak bagi empat modelnya iaitu iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Ini sekali gus membuktikan iPhone adalah satu jenama yang diminati ramai kerana kemampuan dan ciri yang dimilikinya serta tidak salah untuk mereka yang berkemampuan memilikinya.

Untuk mengatakan rakyat Malaysia sebenarnya menipu apabila mendakwa mereka hidup susah adalah tidak wajar lebih-lebih lagi kebanyakan rakyat memang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, seramai 140,608 hilang pekerjaan akibat Covid-19 dari Mac 2020 hingga 20 Ogos lalu.

Malah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meluluskan 4.98 juya permohonan i-Citra setakat 31 Ogos lalu, membabitkan kadar pengeluaran berjumlah RM20.58 bilion.

Ini jumlah yang terlalu besar jika dibandingkan dengan mereka yang membuat tempahan iPhone 13 yang sama sekali tidak mewakili jumlah 33 juta rakyat Malaysia itu sendiri.

Malah menerusi tinjauan penulis blog Xavier Naxa di Twitter mengenai siapa yang berjaya membuat pratempahan iPhone 13 membabitkan 8,340 pengundi, hanya 12 peratus yang berjaya membuat tempahan model 48 peratus tidak beli manakala 29 peratus lagi memilik tunggu dulu.

Jelas ini menunjukkan, tidak semua rakyat Malaysia berkehendakkan kepada iPhone-13 kerana mereka sedar akan kemampuan kewangan mereka.

Anggap sahaja lah itu memang rezeki pembeli iPhone 13 kerana kemampuan dan perancangan perbelanjaan mereka. Utv

Pratempahan iPhone 13 habis dalam 2 jam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker