Kelantan, Terengganu mula bersekolah

Kelantan, Terengganu mula bersekolah

Dua negeri bagi kumpulan A iaitu Terengganu dan Kelantan manakala di Kedah hanya melibatkan Pulau Langkawi akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pembukaan sekolah di setiap negeri berkenaan adalah secara berperingkat dan tidak membabitkan semua murid.

“Pembukaan sekolah di Terengganu, Kelantan dan di Langkawi bermula hari ini adalah secara berperingkat. Tidak semua murid perlu hadir ke sekolah hari ini.

“Ibu bapa juga perlu peka terhadap Fasa PPN di negeri masing-masing serta fasa persekolahan anak-anak mereka bagi memastikan proses anak-anak ke sekolah berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Mereka juga disarankan mengikut ketetapan pelan komprehensif pengoperasian sekolah seperti diumumkan KPM sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, Radzi berkata, pihak sekolah perlu memastikan aspek pengudaraan di dalam kelas di samping bilik pengajaran dan pembelajaran (PdP) sentiasa dalam keadaan baik sepanjang sesi persekolahan.

Katanya, fokus sama perlu diberikan terhadap kawasan pejabat dan bilik guru.

“Saya berharap pengetua dan guru besar dapat memastikan sesi persekolahan esok berlangsung dalam keadaan teratur dan selamat. Sinar

Kelantan, Terengganu mula bersekolah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker