‘Sudah Tapau Ayam Penyet’..Pasukan Muda Negara Bagai Dirasuk Harimau Malaya – Chong Wei

‘Sudah Tapau Ayam Penyet’..Pasukan Muda Negara Bagai Dirasuk Harimau Malaya – Chong Wei

Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui terharu dan teruja dengan kejayaan pasukan muda negara melakar kejutan terbesar apabila mara ke separuh akhir Piala Sudirman 2021.

Pasukan negara membenam musuh tradisi, Indonesia 3-2 pada saingan suku akhir, pada awal pagi Sabtu.

Ini merupakan kejayaan pertama Malaysia menundukkan Indonesia dalam Piala Sudiman selepas tiga pertemuan, sejak pertembungan pertama dalam peringkat kumpulan pada edisi 1999 di Copenhagen, Denmark, yang menyaksikan pasukan negara jiran itu menewaskan pasukan negara 4-1.

Kata Chong Wei, ini merupakan kali pertama Malaysia menewaskan Indonesia dalam pentas Piala Sudirman.

“Tahniah seharusnya diucapkan kepada barisan pemain yang tidak mengecewakan walaupun ranking setiap pihak lawan lebih tinggi.

“Berdebar and terbasah ketiak Chong Wei menonton. Zii Jia (Lee Zii Jia), Wooi Aik dan Aaron (Aaron Chia-Soh Wooi Yik) memang power (hebat). Tidak terkejar minions (Begeru Indonesia,Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo) melawan beregu kita.

“Zii Jia pula tak kasi chance langsung kepada Ginting (Persorangan lelaki Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting) yang tak pernah kalah kepada Zii Jia sebelum ini. Syabas!

“S Kisona (perseorangan wanita negara) pula hampir menewaskan Mariska (persorangan wanita Indonesia (Gregoria Mariska Tunjung), walaupun Mariska berada di 30 posisi di atas Kisona dalam ranking. Selamat hari jadi Kisona. Satu Malaysia sambut untuk kamu,” katanya dalam muat naik di Facebook, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Chong Wei berkata, pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah hampir mengalahkan beregu emas Olimpik Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

“Masuk perlawanan keempat. Lawan pemenang Olimpik. Ingatkan senang senang kalah. Tapi tidak! Pearly-Thinaah hampir-hampir ‘tapau’ beregu emas Indonesia.

“Chong Wei suka tengok Thinaah and Pearly yang selalu bersenyum dan berkomunikasi di atas gelanggang. Percayalah, pasangan ini akan pergi jauh. Syabas!

“Akhir sekali, lawan beregu campuran ranking no 4 dunia. Ramai tidak kenal pun beregu campuran Malaysia ini. Tetapi Cheah Yee See dan Hoo Pang Ron menunjukkan Malaysia tidak lemah, Malaysia tidak akan kalah sewenang-wenangnya,” ujarnya.

Chong Wei berkata, pasangan beregu campuran negara itu bagai dirasuk Harimau Malaya susulan dua pemain muda Malaysia itu menghadiahkan kemenangan ajaib untuk negara.

“Terharu juga apabila mata terakhir dikenal pastikan oleh mata helang.

“Tahniah team! Rehatlah! Sudah tapau ayam penyet, malam ini kita kasi tapau Bento!” kata Chong Wei.

‘Sudah Tapau Ayam Penyet’..Pasukan Muda Negara Bagai Dirasuk Harimau Malaya – Chong Wei


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang

Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker