Resepi Chicken Cheese Ball Viral

Resepi Chicken Cheese Ball Viral

Resepi kali ini merupakan resepi yang mulai popular akhir-akhir ini. Cheese ball mulai popular di Korea dan biasa dijual digerai-gerai jalanan. Menu ini menjadi popular kerana penggunaan cheese mozzarella yang cair apabila digoreng dan menjadi panjang apabila digigit.

Mozzarella cheese ball diperbuat dari mozzarella cheese yang dibalut dengan gabungan kentang,ayam dan tepung. Kemudian ia disadur dengan telur sebelum disadur dengan serbuk roti. Selepas itu ia digoreng tenggelam dengan minyak yang panas. Hasil dari suhu yang panas, cheese mozzarella akan lembut hingga boleh ditarik memanjang. Baiklah mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Bahan-Bahan

1 ketul ayam bahagian dada (potong dan kisar)
200g Cheese Mozarella (potong dadu kepada 20 bahagian dan bekukan semalaman)
4 biji kentang (direbus empuk)
5 sudi besar tepung gandum
Garam,gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.

Bahan salutan

300g Bread Crumb (Serbuk Roti)
Telur 2 biji ( pukul sebati)
Kaedah
Toskan dan lenyek kentang sehingga hancur.
Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama ayam yang dikisar tadi.
Campurkan tepung gandum dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.
Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong ( guna tepung ditangan untuk membentuk doh menjadi bulat)
Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese,tutup dan bentukkan kembali kepada bulat.
Gaul didalam telur kemudian salut dengan bread crumb, ulang 2 kali untuk setiap bebola.
Goreng cheese ball anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus hitam.
Siap untuk dihidangkan ketika panas.

Untuk memastikan tesktur kenyal pada cheese mozzarella, anda perlu membekukan cheese dahulu hingga keras. Selepas anda membalut ia dengan adunan kentang dan ayam, terus goreng ia. Ini untuk memastikan mozzarella tidak terlalu lembut kerana ia akan cair semasa digoreng dan merosakkan minyak masak yang digunakan.

Ia sedap dicicah dengan sos cili dan mayonis dan dimakan ketika ia panas lagi. Walaupun kosnya agak tinggi, namun ia berbaloi untuk dicuba kerana anda dapat berjimat banyak, terutama jika anda adalah peminat makanan jalanan seperti ini. Satu tips, beli bahan-bahan ini dikedai pembekal barangan bakeri kerana ia lebih murah berbanding yang diual di supermarket. Oleh itu selamat mencuba ya.

Resepi Chicken Cheese Ball Viral


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker