Pegawai farmasi dituduh pukul isteri, ugut jerut leher anak

Pegawai farmasi dituduh pukul isteri, ugut jerut leher anak

SELAYANG – Seorang pegawai farmasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga pertuduhan termasuk memukul isterinya dan mengugut untuk menjerut leher anak mereka dengan wayar, bulan lalu.

Loh Chuan Tuck, 32, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas Chan Ket Yee, 40, untuk menjerut leher anak-anak mereka dengan tali wayar.

Bapa dua anak itu didakwa melakukan khianat dengan cara merosakkan sebuah telefon bimbit milik isterinya di sebuah rumah di Bandar Country Homes, Rawang di sini pada pukul 10.30 malam, 27 September lalu.

Bagi tuduhan mengugut, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tuduhan khianat pula dikemukakan mengikut Seksyen 426 Kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Pegawai farmasi itu turut didakwa menyebabkan kecederaan dengan memukul belakang badan isterinya pada tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Januari 2021 untuk sebutan kes. K Online

Pegawai farmasi dituduh pukul isteri, ugut jerut leher anak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker