Malaysia kena bertindak tegas terhadap China

Sebaran :

Konflik Laut Cina Selatan: Malaysia kena bertindak tegas terhadap China

Pergerakan Pemuda UMNO Sabah hari ini menggesa kerajaan bersikap lebih tegas terhadap China terutama dalam isu perairan dan sempadan kerana melibatkan kedaulatan negara.

Kata ketuanya, Abdul Aziz Julkarnain, tindakan China itu dikutuk sekeras-kerasnya kerana tidak menghormati perjanjian antarabangsa termasuk keputusan oleh Mahkamah Timbangtara Antarabangsa The Hague, Belanda yang mengenepikan tuntutan China ke atas Laut China Selatan.

Malah kata Abdul Aziz, Malaysia harus menyatakan bantahan secara tegas dalam isu berkenaan.

“Isu ini telah menyentuh kedaulatan negara dan kami Pemuda UMNO Sabah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan China. Kami wajib menyatakan bantahan kerana ini adalah tempat kita.

“Pemuda UMNO Sabah akan membuat bantahan secara bertulis terhadap Kementerian Luar bagi mendesak satu pelan tindakan diadakan bagi menyelesaikan isu ini,” katanya hari ini.

Ketika ini, isu Laut China Selatan kembali tegang berikutan persaingan kuasa besar di wilayah lautan paling strategik di dunia ketika ini menimbulkan ancaman besar kepada kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Konflik masa depan dijangka menjadikan Laut China Selatan sebagai platform proksi di antara Barat dan Timur dengan perlumbaan antara kuasa Barat yang diterajui Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Malah kuasa Timur oleh China dan Rusia dijangka berterusan dengan menjadikan Laut China Selatan pentas peperangan antara kedua-dua blok kuasa besar ini.

AS ketika ini sudah menghantar kapal pengangkut USS Benfold pada 21 Julai di Laut China Selatan dengan menjadikannya pelantar kekal untuk menjamin keselamatan dan keamanan Laut China Selatan.

Setiausaha Negara AS, Mike Blinken memberi kenyataan berkaitan sokongan penuh kerajaannya terhadap keselamatan negara di pesisir Laut China Selatan termasuk Malaysia, Brunei, Taiwan dan Vietnam.

Jelas Abdul Aziz lagi, perairan Sabah sangat kaya dengan sumber hasil bumi dan merupakan destinasi pelancongan yang memberikan pulangan ekonomi yang besar buat negara.

“Ingat ya, sangat penting sekali untuk kerajaan bersikap tegas dalam isu ini dan tidak sesekali tunduk dengan tekanan dari China.

“Adalah sangat penting untuk kerajaan bersikap lebih tegas dalam isu ini dan tidak tunduk dengan tekanan dari China, kerana ia merupakan antara penyumbang terbesar terhadap ekonomi negara melalui hasil bumi dan perlancongan.

“Isu yang melibatkan kedaulatan negara tidak boleh dipandangan ringan dan kita tidak boleh tunduk dengan sebarang tekanan dari China,” tegasnya.

Selama berdekad- dekad, China telah menuntut hak maritim ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan yang merupakan laluan perkapalan ke Asia Timur.

Konflik dan pertikaian itu dilihat semakin parah ekoran tindakan China yang turut membuat tuntutan ke atas gugusan pulau di kawasan berkenaan yang dilihat mencetuskan ketegangan di Asia Tenggara.

Kira-kira satu pertiga laluan perkapalan dunia melalui laut itu yang juga dipercayai kaya dengan sumber perikanan dan dipercayai mempunyai simpanan gas serta minyak dalam jumlah yang banyak. MG

Malaysia kena bertindak tegas terhadap China


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera


Sebaran :

Leave a Reply