Firdaus Wong lapor polis nafi sebar video, gambar lucah

Firdaus Wong lapor polis nafi sebar video, gambar lucah

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung telah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan mengatakan beliau yang menyebar gambar dan video melalui aplikasi Telegram.

Menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, dia menafikan segala dakwaan yang mengatakan kononnya beliau ialah pengasas dan pemilik satu Telegram yang menyebarkan video berkenaan.

Beliau juga menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja untuk berkongsi segala maklumat dan turut menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan dirinya dengan sebarang video atau gambar lucah.

“Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut!.

“Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini ‘https://t.me/brofirdauswong’ dan menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video dan gambar lucah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Tambahnya lagi, beliau turut memaafkan sesiapa sahaja yang pernah memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghinanya namun beliau tidak akan berdiam diri jika difitnah.

“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah.

“Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut,” ujarnya. K Online

Firdaus Wong lapor polis nafi sebar video, gambar lucah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker