Eminem Kini Usahawan Spaghetti, Buka Restoran

Sebaran :

Eminem Kini Usahawan Spaghetti, Buka Restoran Inspirasi Dari Lagu ‘Lose Yourself’

Lagu nyanyian Eminem bertajuk ‘Lose Yourself’ dari filem Mile 8 telah mengilhamkan ramai pendengar dengan lirik yang unik serta memberi motivasi. Kini, lagu dari filem yang diterbitkan pada 2002 itu menjadi inspirasi kepada terbinanya restoran pasta ini, berkat daripada ungkapan lirik ini; “His palms are sweaty, knees weak, arms are heavy / There’s vomit on his sweater already, mom’s spaghetti.”

Sebuah restoran baharu di buka bernama Mom’s Spaghetti di kampung halaman Eminem di Detroit pada Rabu lalu. Restoran itu dibina hasil kerjasama Eminem dan kumpulan restoran tempatan dan ia bermula sebagai kedai pop-up pada tahun 2017.

Mom’s Spaghetti sebelum ini telah tampil di beberapa festival muzik yang dihadiri oleh Eminem. Restoran terbabit juga bertanggungjawab dalam mengedarkan makanan percuma kepada kumpulan barisan hadapan yang bertarung menentang COVID-19 di Detroit, lapor berita antarabangsa.

Paul Rosenberg, pengurus Eminem, dalam satu kenyataan mengatakan bahawa sambutan dari peminat “sangat positif,” sambil menambah bahawa konsep kedai pop-up yang dilakukan sebelum ini oleh pasukan Eminem berjaya menarik perhatian peminat.

Menu restoran Mom’s Spaghetti ringkas, mereka menawarkan spaghetti dengan bebola daging atau dengan ‘bebola arnab’ vegan dan sandwic sghetti, semuanya berharga di bawah $ 15.

The Detroit Free Press melaporkan bahawa banyak peminat berkampung sepanjang hari di hadapan restoran terbabit untuk merasa menu istimewa restoran terbabit. Eminem juga membuat penampilan khas sambil menyajikan 10 peminat pertama dengan makanan dan juga swafoto. Vc

Eminem Kini Usahawan Spaghetti, Buka Restoran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera


Sebaran :

Leave a Reply