[VIDEO] Budak dua tahun maut tertembak diri sendiri

Indiana: Budak lelaki dua tahun maut selepas tertembak diri sendiri dengan pistol yang ditemui dalam bilik tidur rumahnya di Fairmount, di sini.

Kanak-kanak malang itu, Leighton Seals dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Ketika insiden berlaku, ibunya, Caci Seals, 22, berada di dalam bilik lain dan sibuk menyuapkan adik perempuannya makan, manakala ayahnya tiada di rumah.



Agensi

Menjelaskan tragedi berkenaan, Jurucakap Polis Indiana berkata, bukti menunjukkan Leighton menarik picu pistol jenis Ruger 9mm yang menyebabkan terkena sebutir peluru.

“Namun siasatan lanjutan masih lagi dijalankan,” katanya seperti dilapor Metro UK.

Bagaimanapun, kata jurucakap itu, tiada makluman lanjut akan dikeluarkan berhubung persekitaran tembakan termasuk dari mana Leighton mengambil pistol terbabit.

Jelasnya, penemuan mereka akan diserahkan kepada pendakwa raya sebaik siasatan selesai, sekali gus menjelaskan tuduhan jenayah bakal menyusul.



Dalam pada itu, halaman GoFundMe dibuka untuk majlis pengebumian kanak-kanak itu dengan keterangan, “Jika anda mengenali Leighton, anda pasti tahu bahawa dia seorang yang bijak, kelakar dan menyeronokkan. Dia sayangkan keluarganya dan kehidupan ini.”

Sumber: 101biography.com

Budak 9 tahun tak sedar peluru tembusi otak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker