Naikkan pencen kurang RM1,000

Naikkan pencen kurang RM1,000

Bayaran pencen terendah bagi pesara yang tidak cukup tempoh perkhidmatan perlu diselaraskan dengan pelaksanaan gaji minimum, iaitu di antara RM1,100 dan RM1,200 bagi memastikan mereka mampu meneruskan kelangsungan hidup.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Tan Sri Wan Mahmood Pa’wan Teh, berkata pembayaran pencen di bawah RM1,000 bagi mereka yang tidak cukup tempoh berkhidmat tidak sepadan dengan peningkatan kos sara hidup yang perlu ditanggung.

Beliau berkata, ramai pesara yang terima kurang RM1,000 sebulan menyebabkan kebanyakan pesara terpaksa meneruskan kehidupan dengan bekerja semula.

“Bayaran gaji dulu tidak sama dengan gaji yang diterima kini bagi jawatan serupa kerana bayaran gaji kini jauh lebih tinggi berbanding dulu.

“Kebanyakan mereka menerima pencen rendah, sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Perlu ditetapkan suatu bayaran minimum yang nilainya sama seperti gaji minimum,” katanya kepada BH, di sini hari ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dilaporkan berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneliti kaedah menambah baik bayaran pencen kepada pesara kerajaan khususnya bagi kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Kajian JPA itu antara lain bagi mengatasi isu pesara kerajaan yang terpaksa hidup dengan bayaran pencen dan pendapatan selepas bersara di bawah Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), iaitu RM2,208.

Melalui semakan di laman web JPA, jabatan itu melaksanakan penyelarasan pencen kepada golongan pesara pencen terbitan dan tanggungan sebanyak dua peratus setiap tahun bermula 2013.

Terdapat kira-kira 700,000 pesara kerajaan di seluruh negara dengan jumlah bayaran pencen dianggarkan sebanyak RM700 juta sebulan.

Menurut maklumat dari JPA, bagi pesara yang cukup tempoh perkhidmatan selama 300 bulan, bayaran pencen minimum mereka bermula dari RM1,000. BH

Naikkan pencen kurang RM1,000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker