Tersalah ambil picagari kosong ketika beri suntikan kepada remaja

Tersalah ambil picagari kosong ketika beri suntikan kepada remaja

Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) memohon maaf kepada ibu bapa dan remaja berusia 12 tahun susulan petugas kesihatan (penyuntik) tersalah mengambil picagari kosong.

Menurut Pengerusinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, petugas kesihatan berkenaan telah diberikan amaran untuk lebih berhati-hati dan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, prosedur dalaman juga telah ditambah baik dengan memastikan tiada picagari lain di ruangan meja yang sama ketika memberikan suntikan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Timbalan Menteri Kesihatan I itu menjelaskan, kejadian berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM), pada Rabu lalu.

“Picagari kosong dan masih belum digunakan itu diletakkan di ruangan meja sama dengan picagari berisi vaksin.

“Petugas kesihatan itu mengikut prosedur ditetapkan seperti menunjukkan vaksin dikeluarkan daripada botol vaksin melalui picagari dan menunjukkan picagari berisi vaksin dengan dos sepatutnya kepada ibu remaja berkenaan.

“Bagaimanapun, petugas kesihatan itu meletakkan sebentar picagari terbabit di atas meja untuk melakukan proses nyahkuman di lengan remaja sebelum memberikan suntikan, selepas menunjukkan picagari berisi vaksin,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi berkata, petugas tersebut tersalah mengambil picagari kosong dan membuat suntikan ke lengan remaja itu.

Jelasnya, perkara berkenaan telah disedari sendiri petugas kesihatan itu dan memaklumkan kepada pegawai perubatan bertugas di PPV UM.

Justeru itu, kedua-dua mereka segera mengadakan perbincangan dengan ibu bapa remaja itu dan selepas memahami penjelasan diberikan, ibu bapa remaja berkenaan memberi kebenaran untuk remaja terbabit diberikan suntikan vaksin di lengan berlainan mengikut Prosedur Dos Kurang.

“Prosedur Dos Kurang adalah garis panduan klinikal yang mencadangkan pemberian vaksin di lengan berlawanan jika dos pertama dianggap tidak mencukupi dan dos semula diperlukan,” jelasnya.

Dalam kejadian jam 3.16 petang Rabu lalu, petugas kesihatan itu dikatakan tersalah ambil satu picagari kosong dari ruangan meja sama dengan picagari berisi vaksin bagi proses vaksinasi seorang remaja berusia 12 tahun.-Awani

Tersalah ambil picagari kosong ketika beri suntikan kepada remaja


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang

Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker