Scammer kini menyamar jadi majikan

Scammer kini menyamar jadi majikan

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman memaklumkan telah mengesan satu modus operandi baharu yang digunakan oleh sindiket penipuan untuk menipu mangsa sehingga mengakibatkan kerugian mencecah RM30,000 setakat ini.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, setakat ini pihaknya telah menerima dua laporan polis daripada mangsa yang mendakwa telah ditipu menerusi aplikasi WhatsApp oleh individu yang menggunakan gambar profil majikannya.

“Siasatan dilakukan mendapati, suspek akan menghubungi mangsa menerusi aplikasi WhatsApp dan menyamar sebagai majikan dengan menggunakan gambar profil yang mirip atau milik majikan kepada mangsa.

“Mangsa yang percaya kemudiannya akan diarahkan untuk membuat pembelian kad ‘Google Play Gift’ yang boleh didapati di kedai serbaneka dan menyerahkan maklumat nombor pin kad tersebut kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Kamarudin, mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas mendapati nombor telefon yang digunakan oleh suspek adalah berbeza dengan nombor sebenar milik majikannya.

“Dalam usaha untuk mencegah kes-kes sebegini daripada terus berlaku, orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati apabila menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp atau panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

“Jangan mudah terpedaya dengan gambar profil semata-mata sebaliknya buat semakan dan pengesahan terhadap mesej yang melibatkan implikasi kewangan,” ujar beliau.

Tambah Mohd. Kamarudin, sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh diajukan ke CCID Response Center di talian 03-26101559/1599. K Online

Scammer kini menyamar jadi majikan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker