Jangan paksa guna logo PH – Pemuda PKR

Sebaran :

Jangan paksa guna logo PH – Pemuda PKR

Pemuda PKR mendesak pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan berhubung isu penggunaan logo berdasarkan fakta dan data untuk digunakan gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Pemuda PKR, Syukri Razab, berkata kajian di lapangan perlu dilakukan oleh agensi bebas bagi menilai logo mana pilihan terbaik yang akan digunakan sebagai lambang PH.

“Janganlah semata-mata kerana PH sudah berdaftar dan memiliki logo, maka logo tersebut perlu diguna paksa dalam pilihan raya,” katanya dalam kenyataan.

Syukri turut membidas kenyataan Ketua Pemuda PH, Howard Lee konon gabungan itu sudah memutuskan untuk menggunakan logo PH dalam PRU15.

“Kenyataan Howard ini sebagai dangkal dan terburu-buru kerana mendahului Majlis Presiden Pakatan Harapan yang belum memutuskan apa-apa keputusan berhubung isu logo. Selaku individu yang menjunjung semangat konsensus dalam Pakatan Harapan, Howard sepatutnya lebih menghormati proses membuat keputusan sebelum mengeluarkan respon pramatang.

“Amat tidak wajar untuk Howard menunggang nama Majlis Pakatan Harapan untuk menafikan merit desakan akar umbi PKR ini. Lebih tidak wajar apabila Howard mendendangkan seolah-olah keputusan telah dibuat di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya.

Syukri berpendapat, rata-rata akar umbi parti itu mahukan logo PKR terus digunakan dalam PRU15 seperti mana ia digunakan dalam pilihan raya lepas dan mampu menarik sokongan majoriti rakyat.

“Justeru, saya menasihatkan Howard untuk bertenang dan tidak perlu bersungguh-sungguh untuk mematikan pandangan kritis akar umbi PKR,” katanya.

Terdahulu, memetik laporan sebuah portal, Howard memaklumkan Majlis Presiden PH memutuskan semua parti komponen patut menggunakan logo gabungan itu pada PRU15.

Katanya, PKR juga akan memerlukan masa untuk menjelaskan keputusan itu kepada ahli parti, kerana ada sebahagian yang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan. FMT

Jangan paksa guna logo PH – Pemuda PKR


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan


Sebaran :

Leave a Reply