Model Seksi Ini Bersyukur, OnlyFans Telah Selamatkan Nyawanya Dari Penyakit Misteri

Model Seksi Ini Bersyukur, OnlyFans Telah Selamatkan Nyawanya Dari Penyakit Misteri

Selebriti dan model seksi berasal dari Wrexham, UK, Rachael Huckle mengambil keputusan untuk menjual gambar seksinya di laman web OnlyFans setelah menderita mendapat penyakit misteri.

Pada yang tidak tahu, OnlyFans adalah layanan konten berlangganan yang telah terbentuk sejak November 2016. OnlyFans dikenal sebagai wadah platform konten dewasa.



OnlyFans merupakan sebuah platform khusus buat pencipta konten menerima bayaran atau derma daripada peminat menerusi konten esklusif berasaskan video dan gambar yang ditawarkan.

Selama bertahun-tahun, Rachel sukar untuk makan kerana mulut dan saluran pencernaannya akan terasa sakit ketika makan. Oleh kerana mempunyai masalah kewangan, Rachel mula menjual gambar seksi di laman langganan OnlyFans dengan pendapatan yang lumayan.

“OnlyFans telah melakukan banyak hal untuk saya. Dia menyelamatkan nyawa saya,” kata Rachael seperti dipetik dari The Sun.

“Jujurnya, saya ​​bangun setiap hari akan berfikir bahawa saya akan mati.”



Dalam kandungannya di OnlyFans, Rachael menggunakan kostum seksi yang jarang didilihat di laman web ini. Ramai pengguna yang tertarik dengannya. Jadi ini membuatkan Rachael mampu untuk berjumpa dengan doktor sekaligus mengenalpasti penyakitnya yang diderita selama 10 tahun.

Setelah menjalani pemeriksaan di hospital, Rachel didiagnosis dengan penyakit autoimun yang jarang berlaku. Itu membuatnya merasa sakit di mulut, hidung, tekak dan usus.

Walaupun ‘menjual dirinya’ di OnlyFans masih dipandang hina, Rachel bersyukur dapat menjana wang untuk perbelanjaan perubatannya.



“Orang mungkin berfikir bahawa saya menyesal berkongsi gambar yang provokatif, tetapi saya harus mengatakan bahawa saya sangat bersyukur untuk hidup saya sekarang. Tidak ada kata-kata penyesalan,” katanya.

Dia memperoleh lebig dari £ 4,000 atau sekitar RM 22 ribu sebulan dengan menjual fotonya dan pernah berada di tangga teratas di laman web ini.

Berkat dari wang yang dia hasilkan, Rachael dapat membayar rawatan peribadi.-The Sun

Model Seksi Ini Bersyukur, OnlyFans Telah Selamatkan Nyawanya Dari Penyakit Misteri




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker